Monday, December 22, 2008

KURSUS PADA 31 JANUARI 2009 : SELAMAT DIJALANKAN

En Ayob sedang menerangkan mengenai jenis teras gaharu kepada peserta kursus

Alhamdullilah, kursus pada 31 Januari 2009 yang telah diadakan di Morib, Selangor telah selamat dijalankan.
Kursus yang dianjurkan telah mendapat sambutan menggalakkan. Banyak pengetahuan telah ditimba oleh peserta kursus. Malah yang paling menggalakkan ialah peserta telah semakin yakin terhadap potensi tanaman ini sebagai satu lagi sumber tanaman moden untuk ekonomi Malaysia.
Pihak penceramah adalah terdiri dari En Ayob sendiri, pihak Jabatan Perhutanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), pemilik kilang gaharu, penanam ladang gaharu dan pihak bank.



Salah seorang peserta sedang menerima sijil penyertaan

20 DIS 2008 : KURSUS DI MORIB MENDAPAT SAMBUTAN

Peserta bergambar kenangan

Alhamdulillah, kursus kali ini terus mendapat kepercayaan masyarakat untuk bersama kami.

Kursus yang telah diadakan pada 20 Disember 2008 ini, sekali lagi telah dihadiri oleh peserta yang bukan sahaja terdiri dari mereka yang datang dari Semenanjung Malaysia, tetapi yang lebih membanggakan pada kali ini, peserta juga turut terdiri dari peserta Negara jiran iaitu Indonesia.

En Ayob sedang memberi ceramah

Pada kursus kali ini peserta bukan sahaja diterangkan mengenai teknik penanaman dan penjagaan serta potensi pasaran di Malaysia dan Dunia, peserta juga telah dibawa melawat Ke Ladang Penanaman Bersepadu Pokok Gaharu.

Penerangan sewaktu lawatan ke ladang gaharu

Yang lebih membanggakan sejurus tamat kursus, terdapat peserta yang telah terus membuat keputusan untuk menanam pokok gaharu memandangkan potensinya yang amat cerah.

En. Mokhtar salah seorang peserta menerima sijil dari En Ayob

Tahniah juga kepada semua peserta yang hadir dan yakin kepada tanaman pokok gaharu. Semoga semua dapat membantu meningkatkan kemajuan industri gaharu di Malaysia.


Email : gaharuasli@yahoo.com.my
No. HP : 017-3712682

KURSUS TANAMAN POKOK GAHARU DI KUALA SELANGOR PADA 21 JUN 2008

Kursus ini telah diadakan pada 21 Jun 2008 dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Peserta bukan sahaja terdiri dari mereka di sekitar Lembah Klang, tetapi juga dari pantai timur dan utara Semenanjung Malaysia.

Berbekalkan objektif untuk memberikan maklumat tepat mengenai Industri Gaharu, kesemua peserta telah memberikan komen yang positif terhadap usaha pihak syarikat ini. Mereka berpandangan kursus yang diadakan begitu jelas dan bermanfaat.

Berdasarkan kepada kajian maklumbalas yang dibuat oleh pihak syarikat, hampir keseluruhan peserta telah memulakan penanaman pokok gaharu sebagai asset jangka panjang mereka.

Syabas kepada peserta yang telah berjaya.

No. HP : 017-3712682

SALAM DARI KAMI PASUKAN GAHARUASLI


Assalamualaikum wbr,

Sempena pelancaran laman blogs ini, terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnianya maka kami pasukan Gaharuasli, telah berjaya merealisasikan harapan semua pihak untuk kami melancarkan laman blog ini.

Kami berdoa semoga laman blog ini benar-benar dapat memberi manfaat kepada semua pihak, terutamanya kepada mereka yang terlibat di dalam industri gaharu.

Salam dari,
AMEER AYOB MUHAMMAD
Pengarah Urusan, Sentral Group

No. Hp : 017-3712682