Monday, February 2, 2009

KURSUS PADA 28 FEBRUARI 2009

Kursus ini telah berjalan lancar. Semua peserta telah berpuashati dan telah bertambah yakin kepada potensi penanaman Gaharu.
Produk gaharu turut dipamer dan dijual semasa kursus seperti
aroma gaharu, teh gaharu, krim kulit gaharu dan sebagainya.

Menurut En Rahim, salah seorang peserta dari Kelantan, menyatakan beliau bendapat amat bertuah kerana dapat menghadiri kursus anjuran Sentral Group.
Sebelum ini beliau pernah menghadiri kursus tanaman pokok gaharu anjuran pihak lain, namun beliau berpandangan kursus anjuran Sentral Group cukup berkesan dan berupaya memberi maklumat yang tepat serta bersifat jangka panjang.
Beliau juga amat tertarik, dengan pameran yang diadakan sempena kursus ini.