Monday, December 22, 2008

20 DIS 2008 : KURSUS DI MORIB MENDAPAT SAMBUTAN

Peserta bergambar kenangan

Alhamdulillah, kursus kali ini terus mendapat kepercayaan masyarakat untuk bersama kami.

Kursus yang telah diadakan pada 20 Disember 2008 ini, sekali lagi telah dihadiri oleh peserta yang bukan sahaja terdiri dari mereka yang datang dari Semenanjung Malaysia, tetapi yang lebih membanggakan pada kali ini, peserta juga turut terdiri dari peserta Negara jiran iaitu Indonesia.

En Ayob sedang memberi ceramah

Pada kursus kali ini peserta bukan sahaja diterangkan mengenai teknik penanaman dan penjagaan serta potensi pasaran di Malaysia dan Dunia, peserta juga telah dibawa melawat Ke Ladang Penanaman Bersepadu Pokok Gaharu.

Penerangan sewaktu lawatan ke ladang gaharu

Yang lebih membanggakan sejurus tamat kursus, terdapat peserta yang telah terus membuat keputusan untuk menanam pokok gaharu memandangkan potensinya yang amat cerah.

En. Mokhtar salah seorang peserta menerima sijil dari En Ayob

Tahniah juga kepada semua peserta yang hadir dan yakin kepada tanaman pokok gaharu. Semoga semua dapat membantu meningkatkan kemajuan industri gaharu di Malaysia.


Email : gaharuasli@yahoo.com.my
No. HP : 017-3712682