Monday, August 10, 2009

SENTRAL GROUP KINI DI KUCHING, SARAWAK


En Ayob Sedang Menyampaikan Taklimat


En Jais, Pengurus Cawangan Sebuah Syarikat Swasta Sedang Menerima Sijil Dari En Ayob


En Ayob Sedang Menyampaikan Ceramah Kepada Peserta


Sebahagian Peserta Sedang Berkongsi Pengalaman Dengan En Ayob Sewaktu Jamuan Makan

Kursus di Kuching, Sarawak pada 1 Ogos 2009, telah menampakkan kejayaan. Melalui kursus ini pihak Sentral Group telah berpeluang untuk bukan sahaja menyebarkan ilmu mengenai penanaman pokok gaharu, tetapi juga dapat berkongsi pengalaman khususnya dengan para peserta yang hadir dan masyarakat Sarawak secara keselurunnya.

Menurut Tn Haji Safee salah seorang peserta yang berpengalaman di dalam tanaman kepala sawit, menyatakan yang beliau amat bertuah kerana dapat mengadiri kursus yang dianjurkan oleh pohak Sentral Group. Beliau yang memiliki berpuluh ekar tanah yang telah ditanam pokok kelapa sawit, kini bercadang untuk menanam pokok gaharu di sebahagian tanahnya yang masih kosong.

Beliau menyatakan akan meminta keluarga dan rakannya untuk turut menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Sentral Group pada masa akan datang, kerana kursus ini bukan sahaja padat dengan ilmu, tetapi juga juga telah berjaya membuka peluang baru yang ada di dalam Industri Gahru ini.

Sementara itu seorang lagi peserta yang kini betugas di salah sebuah syarikat swasta di negeri Sarawak ini, turut menyatakkan kepuasannya di atas kursus yang dikendalikkan oleh Sentral Group. Beliau kini telah mendapat gambaran mengenai penanaman pokok gaharu dan akan menanam pokok gaharu di tanahnya yang kedudukannya di lereng bukit. Beliau menyatakkan akan mematuhi nasihat dan pandangan penanaman yang telah dinyatakan oleh Sentral Group apabila menanam nanti.

Bagi yang berminat untuk menghadiri kursus yang akan datang bolehlah menghubungi pihak Sentral Group untuk tempahan tempat.

1 comment:

gen7 said...

Tabi ke semua..
aku bisi nyual anak paong gaharu enggau macam2 size.
jenis ni aku malaccensis..
n aku pan baru udah ngejek kayu gaharu ke udah 20 taun ke atas enggau penyampau 10 batang.
utai tok tau peda kitak ba blog aku empu.
http://engkaras.blogspot.com

enti kitak meli paong ari aku, aku meri ktk khidmat nasihat secara percuma.
sapa2 ke beminat ka nanam engkaras tau ka gaharu tau tepon ke aku
012-8966058 @ 013-5619061
aku ba sarikei..
kira tengah menoa kitai sarawak la..
arap ke kitai iban ulih sama maju baka bangsa bukai.
gen7